KOPERASI WAWASAN KOMUNITI PULAU PINANG BERHAD (KWKPPB) 
The Koperasi Wawasan Komuniti Pulau Pinang Berhad (KWKPPB) organised a talk for a delegation of 200 participants.

In is in this context invited The Deputy Chief Minister II of Penang State Government YB Prof Dr. P. Ramasamy as a chief guest to officiate the program to attend a talk in Tamil on Debt Management in Dewan Kulia, USM. KWKPPB in collabration with Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) an agency set up by Bank Negara Malaysia, has invited Mr.Gunasegaran of AKPK as a guest speaker for the event.

This program not only allow the Indian community to have greater awareness towards Debt Management but also help individuals to manage their financial management effectively.



[ add comment ] ( 2 views )   |  permalink  |   ( 3 / 34 )
Bantuan Kewangan Bagi Projek Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman Kepala Batas 
Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Bertam di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang telah dibina pada tahun 1880 oleh pekerja-pekerja Estate Ladang Bertam adalah merupakan salah sebuah Kuil Hindu yang tertua di Negara.



Pada masa kini, pihak pengurusan Kuil sedang melaksanakan kerja-kerja pembinaaan bangunan baru Kuil ini yang jumlah kosnya adalah dianggarkan sekitar RM 2.5 juta di mana 50% kerja-kerja pembinaan telah pun siap.



YB. Prof. Dr. P. Ramasamy telah melawat kerja-kerja pembinaan Kuil baru ini pada 30 March 2012 di atas jemputan pihak pengurusan Kuil.



Pihak Pengurusan Kuil memohon sumbangan daripada para penganut dan orang ramai untuk kerja-kerja pembinaan fasa dua Kuil ini.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah pun memberi peruntukkan sebanyak RM 20,000.00 untuk pembinaan bangunan baru Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Bertam memandangkan kewujudan Kuil ini yang begitu lama serta kepentinganya kepada masyarakat India terutamanya masyarakat India di kawasan Seberang Perai Utara.

[ add comment ]   |  permalink  |   ( 3.1 / 28 )
YB. PROF. DR. P. RAMASAMY MEMINTA AGAR PEMBINAAN JEJAMBAT TIDAK MENJEJASKAN KEMUDAHAN JALAN MASUK KE KUIL SRI MEENAKSHI AMMAN, SIMPANG AMPAT 
YB. Prof. Dr. P. Ramasamy telah mengadakan lawatan ke Kuil Sri Meenakshi Amman di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan bersama-sama pihak pengurusan Kuil, wakil Jabatan Kerja Raya dan wakil pihak kontraktor yang di lantik oleh Syarikat Gamuda pada 21 Mac 2012.

Menurut pihak pengurusan Kuil ini, sebuah jejambat baru yang di bina oleh pihak kontraktor bagi Projek Landasan Berkembar KTM telah menghalang jalan masuk dan menyusahkan pergerakan masuk para penganut ke Kuil Sri Meenakshi Amman ini.

Pihak pengurusan juga menyatakan bahawa mereka telah lama mengadu perkara ini kepada Jabatan Kerja Raya akan tetapi pihak JKR tidak memberi sebarang maklumbalas kepada aduan mereka.

Dengan ini, YB. Prof. Dr. P. Ramsamy telah meminta Jabatan Kerja Raya dan pihak Kontraktor untuk mengambil tindakan-tindakan yang sesuai untuk mengubahsuai pelan pembinanan jejambat tersebut serta membina jalan masuk yang memuaskan ke Kuil Sri Mennaksi Amman yang telah lama menjadi Kuil Hindu yang utama bagi para penganut beragama Hindu di kawasan tersebut.

[ add comment ]   |  permalink  |   ( 0 / 0 )
Majlis Makan Malam Amal anjuran Persatuan Kebajikan Penerima Rawatan Dialisis Pulau Pinang 
Persatuan Kebajikan Penerima Rawatan Dialisis Pulau Pinang telah menganjurkan acara kebajikan tahunannya iaitu Majlis Makan Malam Amal untuk kali kedua tahun ini pada 8 Mac 2012 sempena sambutan “World Kidney Day 2012”.

YB. Prof. Dr. P. Ramasamy yang merupakan patron bagi persatuan ini telah hadir sebagai tetamu kehormat dan merasmikan majlis ini.

Tahun ini, Persatuan Kebajikan Penerima Rawatan Dialisis Pulau Pinang telah berjaya mengumpul dan mengedar sumbangan sekitar RM 45,000.00 kepada 15 orang pesakit rawatan dialisis yang kurang bernasib baik.

YB. Prof. Dr. P. Ramasamy sendiri telah menyumbang dana sebanyak RM 20,00.00 melalui Peruntukkan Khas Timbalan Ketua Menteri II untuk tujuan murni ini.

Sekitar lima ratus orang termasuk ramai tetamu kenamaan telah menghadiri majlis ini yang dipenuhi dengan suasana meriah melalui persembahan tarian, nyanyian dan musikal.

Kejayaan majlis ini telah menggalakkan para hadirin untuk turut menyumbang dana pada malam tersebut di mana derma sejumlah RM 107,000.00 telah berjaya dikumpul untuk persatuan ini.

En. Joethi, Setiausaha Persatuan menyatakan bahawa derma yang diterima akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan persatuan yang lain untuk tahun ini.

[ add comment ] ( 2 views )   |  permalink  |   ( 3 / 42 )
Program ‘Cleaner Greener Penang’ Kawasan Perai, Dilancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Dr. P. Ramasamy  
Program Cleaner, Greener Penang di kawasan Perai telah dilancarkan rasminya oleh ADUN kawasan Perai, Prof P Ramasamy. Beliau telah rasmikan Program tersebut dengan menanam sebatang anak pokok di kawasan perumahan Taman Inderawasih. Beliau telah mengumumkan bahawa, Program Cleaner Greener Penang akan diperluaskan ke kawasan perumahan lain di KADUN Perai dalam masa terdekat.

Program Menanam Pokok ‘Cleaner Greener Penang’ bagi kawasan Perai yang dianjurkan oleh Ahli Majlis Visvanathan, adalah permulaan bagi Program ‘Cleaner Greener Penang’ bagi kawasan Perai. Menurut Visvanathan, pokok-pokok yang ditanam adalah bukan sahaja dapat memberikan perteduhan, malah akan mendatangkan satu suasana yang sejuk apabila pokok-pokok tersebut tumbuh besar kelak.

Ramasamy yang telah berucap sebelum melancarkan Program tersebut, telah menyatakan bahawa beliau mempunyai komitmen untuk menjadikan kawasan Perai sebagai kawasan yang bersih dan hijau. Beliau juga memberitahu bahawa pihaknya sentiasa mengambil langkah proaktif supaya penduduk di kawasan Perai hidup sihat dan sejahtera, “Kerana itulah saya telah mengarahkan Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk sentiasa menjaga kebersihan di kawasan Perai. Saya juga telah pasang peralatan senaman di 4 kawasan utama Perai, supaya penduduk Perai dapat bersenam dan hidup dalam keadaan sihat. Dr.Ramasamy juga menambah bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi pemasangan peralatan senaman di kawasan DUN beliau.

Dalam ucapanya, Dr Ramasamy juga telah menegaskan bahawa bukanlah tanggungjawab kerajaan sepenuhnya untuk menjaga kebersihan persekitaran di sesuatu kawasan, malah rakyat juga mempunyai tanggung jawab untuk menjaga kebersihan. “Walaupun saya cuba sedaya upaya saya, masih gagal dalam mengubah rakyat di sesetengah kawasan; Mereka membuang sampah sesuka hati mereka, dan tidak langsung mempedulikan kebersihan mahupun kesihatan. Bagaimana kita dapat mengubah orang-orang sebegini?” kesal beliau.

“Dengan mengadakan Program seperti ini, saya berharap Perai akan menjadi satu kawasan yang Bersih dan Indah seperti Singapura!” tambah beliau. Beliau telah menanam sebatang pokok di hadapan Dewan JKKK Taman Inderawasih, sebagai menandakan perasmian pelancaran Program “Cleaner Greener Penang” di Kawasan Perai. Para penduduk tempatan yang hadir pada program tersebut telah meminta kepada Ramasamy supaya mengadakan program sedemikian lebih kerap di kawasan Perai.


[ add comment ] ( 12 views )   |  permalink  |   ( 3 / 567 )

| 1 | 2 | 3 | Next> Last>>